Tuesday, April 26, 2011

madah

apa sebenarnya konklusi yg terjadi? madah yg selama ini sudah sekian lama wujud kenapa baru hari ini perlu dungkapi?kenapa bukan sejak dari dahulu lg??. yerp, aku sudah memahami....

tidak perlu memanipulasi....jawapan kepada konklusi sudah terjadi.
terima kasih atas segalanya....

aku rindukan kedamaian dan kasih sayang

jika hari ini engkau fikir aku sedang bersengketa, ingin aku katakan yg ianya tidak sebegitu
aku hanya mahukan kasih syg yg benar2 suci tanpa sebarang sangsi @ dengki

inginku luahkan jua disini bahawa hakikatnya kasihku tidak bertepi
aku rela dicalari demi menggapai sebuah cita2 murni, aku bukan memilih...aku hanya ingin sebuah mahar yg abadi.

kecelaruan selera makanku, waktu tidurku bagi sudah cukup untuk membuktikan bahawa aku benar2 mengasihi.perasaan sebegini xpernah aku lalui...

tapi....seandainya rasa benci sudah menguasai diri eloklah untuk berlalu pergi. biarlah aku sendiri yg memendamkan perasaan ini dari insan yg sudah tiada sudi....

biarlah aku terus menghargai

pengalaman lalu mengajar aku erti menghargai, kehilangan barang yg dimiliki jua kematian insan yg dekat dihati. semuanya mengajar aku apa itu erti menghargai.....apa yg ada skrg ini akan aku jaga rapi dengan segala kekuatan hati yg aku miliki. ye, sejarah mengajar kita erti kehidupan...susah dan senang ranjau kehidupan. apa yg mampu aku selamatkan akan aku selamatkan sekuat jati diri yg dimiliki. aku tidak mahu disalah erti lagi...aku tidak mahu segala janji aku taburi aku musnahi. sekuat jiwa akan aku lakukan yg terbaik walaupun masih menjadi bahan sangsi.

setiap kesalahan adalah berpunca dari diri aku sendiri....mungkin jejak yg dilangkahi tidak menepati hasrat hati. aku cuba kuatkan diri perbaiki kelemahan diri. aku bukan maksum, aku bukan suci seperti nabi. segala kesalahan, kesengsaraan dan kelukaan dihati aku rayu utk dimaafi. aku tidak rela menyalahi sesama insani yg hakikatnya darah kita berkait seperti tali yakni kita berasal dari 2 org nabi yakni adam dan hawa. salah menyalahi ibarat meludahi pakaian sendiri kerna sejak dari azali kita mempunya hubungan insani.

Monday, April 25, 2011

jari suci


jari yg lurus suci ini pernah mencipta sebuah pelangi di dalam hati,
ukiran kata2 yg lembut menyemarak semangat hati
pengubat luka yg pernah membahayakan diri
kata2 dari jari ini pernah membuatkan aku tersenyum seorang diri bagai bermimpi sang bidadari
tapi................semuanya sudah tiada lagi, jari ini pernah membuatkan handfon yg selama ini jauh dari diri kembali mendekati...handfon yg slama ini kerap berdiam diri kembali berbunyi, namun hari ini handfon ini kembali sepi..
ini kerana jari ini sudah pergi, jari ini sudah tiada lagi......
jari ini x mungkin akan kembali, mungkin kerana jari ini sudah punya lokasi baru utk menghidupkan pelangi..
tapi jasa dan kenangan jari ini akanku ingati sepanjang hayat diri........
terima kasih wahai jari kerna pernah menumbuhkan sebuah pelangi cantik di hati ini.....

artifak hati yg akan ku simpan hingga ajal menjemput diri


tiada yg kekal abadi, yg hidup akan mati, yg rosak akan diganti
begitu juga dengan kalimah ini...kalimah ini sudah
 mempunyai kata ganti yakni Ntah la. prasaan 2 dh kurng
sabarlah wahai hati sesungguhnya ini hakikat kehidupan duniawi namun kalimah ini akan ku simpan 
sehingga tubuhku lembut menyembah bumi...



dengan hanya sehelai kertas kosong suci, dengan hanya sebatang marker berbekal dakwat sebagai isi kita bisa mengoncang sebuah naluri....

setiap yg berlaku berpunca dari kelemahan diriku sendiri

mengherdik menghina bukan amalan yg suci. ku percaya kuasa manusia yg sangat berguna bisa mengubah selagi terdaya tanpa melontar kata. mungkin buruk sifat peribadi andai kata setiap perbuatan tidak dituju pada diri sendiri yg punya seribu kesalahan diri. mungkin aku belum pandai berkasih sayang dan menjaga hati walaupun telah ku cuba sekuat diri. impian tidak menjadi realiti tetapi sekadar penghancur hati yg sekian lama tidak berpenghuni. ku cuba melangkah kedepan dengan penuh berani akan tetapi kurasakan ada magnet yg mengapit kaki...ku rebah tidak sedarkan diri sedangkan insan lain belum mengerti sambil mengukir senyuman hingga ke pipi. realiti dan bukti sememangnya kesalahan diri aku sendiri yg tidak bijak memujuk hati taatkala mengukir janji.hari ini dia telah pergi, biarlah aku ratapi seorang diri perginya mantan penghuni hati.

cerita indah disebalik hiasan berseri permaidani biarlah aku simpan kemas dalam peti hati sanubari. aku relakan engkau pergi disaat aku sudah tidak diperlukan lagi apalagi untuk dihargai. mimpi disiang hari memang begini, x akan menjadi realiti. tetapi mimpi indah ini akan aku ingati sampai mati biar berlaku ombak tsunami.sejarah hati bukan mudah untuk dilupusi walau dengan sambaran api lahar gunung berapi. kau pergi tanpa meninggal jejak walau seinci apa lagi untuk menoleh kebelakang tanda ingin pergi. biar ada yg melihat keadaan ini dengan rasa simpati dan sayu dihati akan tetapi aku merestui kerna ini kesalahan diriku sendiri.biarlah dia pergi tanpa menoleh ke arah aku lagi kerna aku bahagia melihat dia pergi membawa ketenangan dihati tanpa mengingati kenangan yg pernah terpatri dihati. aku syok sendiri? mungkin juga ini realiti yg sedang terjadi. ku tabahkan hati membina rangkap2 hati yg hancur luluh menyembah bumi. biarlah aku seorang diri yg merasai kerna semua ini kesalahan diriku sendiri.